SUSUN ATUR BILIK PPDa

KONSEP

TEMA : “RUMAHKU ASPIRASIKU”

HURAIAN TEMA : RUMAHKU ASPIRASIKU

Rumah bermulanya sebuah kehidupan. Rumah dihuni oleh sebuah keluarga. Keluarga yang hormoni melahirkan generasi beraspirasi cemerlang. Keluarga bermasalah boleh mendedahkan anak kepada gelaja negatif.

Huraian Tema: “RUMAH KU ASPIRASIKU”:

• Rumah tempat bermulanya sebuah kehidupan seseorang

• Rumah tempat bermulanya pendidikan awal seseorang

• Rumah tempat bermulanya sebuah masyarakat

• Rumah tempat bermulanya haluan hidup seseorang

• Rumah tempat bermulanya kecemerlangan seseorang

• Rumah tempat muhasabah diri

• Rumah tempat berlindung dari gejala buruk dadah, rokok, arak dsn.

• Rumah tempat kembali bila tergelincir dalam perjalanan hidup

• Ada Konsep Menambah Kefahaman Pengunjung

KONSEP LAMPU: PERJALANAN HIDUP SEORANG PENAGIH

Lampu Berwarna Dalam Bilik Muhasabah :

  • Warna Merah-Berhenti – perlu berhenti jika terlibat gejala Negative
  • Warna Kuning-Bersedia Bertaubat- kembali kepada agama/jalan yang benar
  • Warna hijau- Teruskan Hidup – kembali hidup dalam lingkungan agama & keluarga

KONSEP RUANG SYILING BILIK PPDa:

1. Syiling Ruang Muhasabah

  • Warna hitam melambangkan padah buruk terlibat dengan gejala dadah/arak/rokok/negative
  • Warna putih melambangkan jalan kembali apabila telah terlanjur dengan aktiviti negatif

2. Syiling Ruang Keluarga

  • Perubahan warna dari gelap ke warna terang menunjukkan perubahan hidup seseorang dari negatif ke positif
  • Warna biru melambangkan ikatan kasih sayang keluarga
  • Burung putih terbang menuju ke arah matlamat hidup dalam kawalan keluarga

3. Syiling Ruang Kreatif :

  • Warna hijau warna alam lahirkan kreativiti seseorang
  • Warna kuning warna tanah untuk tempat rekreasi dan keceriaan minda

KONSEP LUKAH:

Lukah Melambangkan Perangkap. Semua orang perlu sentiasa berhati-hati supaya tidak memasuki perangkap dadah dan semua gejala buruk.

PELAN BILIK PPDa BERTEMAKAN: RUMAHKU ASPIRASIKU

Bilik Sumber PPDa di bahagikan kepada 4 bahagian:

1. Anjung – Bahagian depan menempatkan maklumat pengurusan

  • Visi, Misi & Motto PPDa ,Carta Organisisi PPDa, Pelan Bilik
  • Jadual Penggunaan Bilik ,Jadual Bertugas Bilik

2. Ruang Muhasabah – Laluan Sengsara , memaparkan maklumat

  • Maklumat & padah apabila terlibat dengan dadah,rokok, arak dan gejala sosial
  • Maklumat langkah-langkah perlu diambil untuk elakkan diri dari terlibat dengan gejala dadah
  • Tempat Muhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan.

3. Ruang Keluarga –Laluan Bahagian, memperkukuh ikatan kekeluargaan.

  • Ruang Keluarga – menonton dan, ruang muzakarah keluarga
  • Ruang Ilmu – Bacaan & ICT
  • Ruang Maklumat

4. Ruang Kreatif - Laluan Bahagia- bahagian cabar minda

  • Ruang kreatif & inovatif – Model Rumah yang menempatkan semua karya pelajar
  • Ruang Permainan rehat minda – congkak, catur, dam & permainan pencergas minda
  • Ruang maklumat rekreasi – maklumat pelancongan, maklumat aktiviti pengembaraan dll
  • Sudut Idola PPDa

KONSEP LALUAN Dalam Bilik PPDa : Laluan dari negatif kepada positif

Laluan merujuk kepada anak panah dalam pelan bilik PPDa, :

SUSUN ATUR PERABOT

i. Perabot Di susun Dengan Rapi, Kemas Dan Teratur

Pengguna perabot minima di bahagian anjung hanya ada meja kuanter yang diletakkan buku rekod penggunaan bilik oleh pelajar pelajar, guru dan juga buku rekod pelajar yang tersusun rapi dan mudah diakses di atas meja

“Skirting” meja menggunakan warna merah yang kelihatan ceria

  • Perabot dalam Ruang Muhasabah /laluan sengsara hanya terdiri daripada Rak Kayu Pemeran beroda mudah alih tempat pamerkan bahan artikel /poster kelihatan kemas dan teratur
  • Selain dari Rak Pameran beroda bilik ini diisikan dengan replika penjara dan replika kubur

PERABOT DI RUANG KELUARGA

Susunan perabot rapi, kemas dan teratur sesuai untuk ruangan seisi keluarga:

  1. Meja muzakarah keluarga, kusyen duduk atas lantai beralas karpet memperlihatkan suasana harmoni
  2. Di ruang keluaga juga di letak komputer dan rak buku sebagai sudut bacaan & ICT
  3. TV turut diletakkan di ruang keluarga untuk berehat sambil menonton
  4. Kabinet untuk mempamerkan Piala & medal kejayaan Bilik Sumber PPda

PERABOT RUANG KREATIF

  1. Perabot di Ruang Kreatif terdiri daripada Replika Sebuah Rumah yang dibina secara kreatif.
  2. Rak Kayu Pameran terdapat Juga di ruang ini yang menjadi Sudut Idola mempamer gambar & pencapaian pelajar cemerlang dalam aktiviti PPDa
  3. Terdapat 2 kios di ruang ini iaitu Kios Hasil karya pelajar dan Kios Bahan Rekreasi & Pelancongan

ii. Serkulasi Ruang Yang Baik

  • Serkulasi ruang yang cukup antara rak- rak pameran dan kios-kios memudahkan pelawat untuk melihat bahan dipamerkan di Ruang Kreatif

  • Serkulasi Ruang yang luas dan selesa antara Ruang keluarga ke Ruang Kreatif memudahkan Pelawat

iii. Penggunaan Perabot Yang Optima.

  • Rak Pameran digunakan secara optima di lekatkan bahan pameran di bahagian depan dan belakang rak dengan susun atur bahan yang memenuhi setiap ruang.

  • Semua perabot diguna secara optimum:
  1. Model Rumah sebagai sudut permainan di dalamnya, Dinding tempat mempamerkan karya pelajar
  2. Rak pameran, kios & papan bercermin di susun atur bahan pameran secara optimum
  3. Bahagian syiling digantung wau karya pelajar.

iv. Perabot di cat:

- Semua Perabot Dalam Bilik Sumber PPDa di cat untuk menyerlahkan konsep ruang yang ditonjolkan.

  • Ruang Keluarga – Meja warna kaya

  • Ruang Muhasabah – Kubur warna pink rak warna kayu

  • Ruang Kreatif menggunakan kombinasi warna yang ceria iaitu kuning, hijau, dan meron

SUSUN ATUR BAHAN

  1. Kombinasi Bahan Disusun Atur Secara Kreatif Dan Menarik
  • Replika rumah di dalamnya dimuatkan permainan uji minda seperti congkak, catur, fuzzle dll

  • Dinding Replika Rumah di pamerkan poster-poster Hasil Pelajar dengan susunan menarik.

Gambar 1

  • Replika Lukah Memberi Mesej Perangkap – Jadi diletakkan Label Awas Perangkap Dadah.
  • Bila termasuk ke perangkap dadah amat sukar untuk keluar. Perlu usaha bersungguh-sungguh.

Gambar 2 dan 3

Lukisan Berbeza Mengikut Mesej Ruang – Dilukis pada dinding pembahagi antara Ruang Muhasabah & Ruang Keluarga

  • Lukisan Keluarga Bahagia Tanpa Dadah
  • Lukisan Drug Area – Bawa mesej kecelaruan hidup bila terlibat dengan najis dadah

SUSUNAN BAHAN YANG MENARIK

Susunan replika memberi mesej : Implikasi terjebak dalam jerat dadah :-

  1. Masuk penjara (Replika penjara)
  2. Berhenti / Bertaubat (Replika lampu merah)
  3. Hukuman gantung (Replika tali gantung)
  4. Mati (Replika kubur)

Susunan bahan di rak secara bersebelahan mudahkan untuk melihat perbandingan :-

  1. Maklumat
  2. Kesan penagihan
  3. Langkah mengatasi

Susunan bahan tidak keterlaluan hingga menenggelamkan mesej :-

  1. Bahan disusun atur Dalam Kios – Setiap Kios berlainan bahan lebih berfokus dan lebih menampakkan mesej yang hendak ditonjolkan.
    • Kios Bahan Karya Pelajar : Menempatkan poster, buku skrap, dan model rekaan pelajar mempamerkan kreatif & innovatif. Pelajar cemerlang tanpa dadah.

    • Kios Bahan Rekreasi : Menempatkan pamplet/maklumat pelancongan dan aktiviti rekreasi. Mempamerkan maklumat aktiviti sihat dan memenuhi masa lapang.

Bahan dalam susunan / hiasan berinformasi

  • Sudut idola yang menampilkan gambar pelajar idola PPDa. Sudut ini turut dihiasi dengan gambar ikon idola Dato’ Siti Nurhaliza Penyanyi Anak Jati Kuala Lipis dengan mesej ‘Cemerlang Tanpa Dadah’.

  • Maklumat disusun pada Pokok Hiasan iaitu Pokok Bahagia dan Pokok Sengsara.

  1. -Pokok Sengsara – Kesan buruk apabila terlibat dengan dadah, arak, rokok & gejala sosial
  2. -Pokok Bahagia – Aktiviti sihat tanpa dadah
  • Hiasan tanglung berinformasi

  • Mural dinding berinformasi

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: