2012 Tahun Gempur PPDa

2012, telah menjelma. Program  Pendidikan Pencegahan Dadah akan berjalan dan dilak-sanakan secara berterusan dan tersusun. Ini bagi memastikan Visi dan Misi  PPDa  terlaksana menjelang 2013. 1Malaysia Membanteras Dadah masih menjadi tema ‘Gerak Gempur PPDa ‘ pada tahun 2012  ini .Sekolah Bebas Dadah 2013 yang menjadi visi  PPDa hanya tinggal satu tahun lagi.

Apakah pencapaian kita? Apakah yang telah kita lakukan bagi memastikan visi dan misi ini tercapai? Sememangnya sukar untuk dicapai jikat iada kerjasama daripada semua pihak. Baik pelajar, guru, sekolah , ibu bapa,kepimpinan dan masyarakat, semuanya harus menyumbangkan peranan dalam memastikan tiada lagi kes-kes dadah, positif urin dan anasir dadah memasuki sekolah dan meresapi pelajar.Kita melihat cabaran yang mendatang amat merunsingkan terutama apabila ‘trend operasi dadah’ mula melibatkan remaja.

‘Trend Dadah baru’ seperti Syabu, pil-pil kuda yang mula melibatkan remaja kini semakin berkem-bang.Oleh itu,Usaha pendidikan dan pencegahan perlu digerakkan secara bersepadu dan menyeluruh. Program-program PPDa perlu diberi perhatian utama oleh pihak sekolah di samping akademik. Kempen dan ceramah anti dadah kepada golongan sasaran perlu diperhebatkan. Masalah penagihan rokok juga perlu diberi perhatian yang serius.

Oleh yang demikian, pihak sekolah, PIBG dan masyarakat perlu memandang masalah ini dengan lebih serius. Kempen antirokok dan Nafas Segar hendaklah dilaksana-kan dengan lebih berkesan lagi. Keakuran kepada Pekeliling dan Peraturan perlu bagi memastikan masalah ini dapat diatasi.

Kawasan Sekolah, Kawasan Larangan Merokok hendaklah dipatuhi oleh semua pihak.Yang pastinya, DADAH MASIH MUSUH NOMBOR 1 NEGARA. Semua pihak perlu berusaha bagi memastikan sekolah,pelajar,keluarga dan masyarakat bebas dadah.

Posted on Mac 21, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: