Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 – 23 Nov 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).

Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.

Keterangan/Hujah:
  1. Nama saintifik bagi syabu ialah amphetamine sejenis dadah dari amphetamine type stimulant iaitu dadah jenis stimulant (perangsang). Pada amnya di negara ini amphetamine hanya diluluskan untuk sejenis penyakit kanak-kanak yang terlalu aktif dan kurang daya tumpuan dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder).
  2. Di Malaysia, syabu mula digunakan secara berleluasa kira-kira dua tiga tahun yang lalu berikutan kesukaran mendapatkan bekalan heroin.
  3. Syabu boleh menyebabkan ketagihan dan memudharatkan kerana ia adalah sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf (otak dan saraf tunjang) yang menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Kesan pengambilan syabu menyebabkan sakit emosi dan menyebabkan otak menjadi lembab, kemurungan dan boleh membawa kepada sakit jiwa yang teruk jika diambil berpanjangan.
  4. Dadah jenis syabu mempunyai kesan mudarat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB). Pengambilan dadah jenis ecstasy dilaporkan paling banyak digunakan khususnya oleh para remaja yang mengunjungi ‘night club’, disko, karaoke atau tempat-tempat hiburan.
  5. Abu Sari’ Muhammad Abdul Hadi berpandangan bahawa Hasyisy (ganja) dan opium, dua jenis dadah daripada daun yang boleh menyebabkan ketagihan dan khayal dan tahap merbahaya bahan kimia ini adalah melebihi arak. Justeru kedua-duanya perlu diketegorikan sebagai haram sama seperti arak.
  6. Dr. Yusuf al-Qaradhawiy di dalam kitabnya “Halal dan Haram Dalam Islam” menyatakan “Hasyisy adalah bahan yang haram, baik orang yang mengambilnya mabuk ataupun tidak, Hasyisy ini hanya dipakai oleh orang-orang yang jahat kerana di dalamnya ada unsur-unsur yang memabukkan dan menyeronokkan malah sering dicampur dengan arak.”
  7. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily lagi pengharaman arak atau seumpamanya bukan sekadar meminumnya atau mengambilnya bahkan termasuk memilikinya atas apa juga alasan, menjual, membeli menghadiahkan dan sebagainya adalah tertakluk dalam hukum yang sama.
  8. Isu ini adalah jelas dari segi kemudaratan yang dialami dan hukum Islam yang telah ditentukan. Walaupun pelbagai nama digunakan, namun sekiranya ia masih dalam konteks memudharatkan, hukumnya tetap haram.

Sumber : e-fatwa.gov.my (JAKIM)

Posted on Ogos 19, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: