Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat dari 4 sudut iaitu :-

1. Akibat ke atas penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri, si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kesihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

2. Akibat ke atas keluarga penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dikalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumahtangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.

3. Akibat ke atas masyarakat

Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah

4. Akibat ke atas negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :

kehilangan atau kerugian akibat dari pengurangan daya pengeluaran ekonomi;
kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah;
kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;
kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan seperti merompak, membunuh, merogol dan sebagainya;
kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya
Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah.

Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 – 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.

Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :

•  untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung;

•  untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara;

Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad kelapan belas.

Posted on Oktober 20, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: