SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN

SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN AGENSI LUAR

Usaha mendapat sumbangan

Sumbangan yang diterima banyak digunakan untuk menaiktaraf bilik dan persekitaran sekolah dengan info dan maklumat berkaitan PPDa

  • Sila rujuk lampiran bagi setiap usul memohon sumbangan dari pelbagai pihak yang berkaitan.

Melukis Mural mendapat sumbangan daripada pihak PUSPEN, Benta

Sumbangan Bahan

  • Pihak sekolah turut menerima sumbangan bahan. Antara bahan-bahan yang diterima adalah bahan semulajadi seperti buluh, kayu, batu sungai dan daun nipah untuk membuat atap. Secara tidak langsung, bahan-bahan semulajadi ini amat membantu bagi menjadikan laman mutiara hati menjadi cantik, menarik dan lebih mesra alam serta bercirikan tradisional. Bahan-bahan ini telah digunakan untuk membina Dangau Semarak Insani. Bahan-bahan ini telah disumbang oleh ibu bapa/penjaga serta penduduk kampong yang berdekatan dengan sekolah.

Pondok keinsafan ‘SEMARAK INSANI’

RAK PAMERAN YANG DIPERBUAT DARIPADA KAYU

  • Rak kayu ini adalah sumbangan ibubapa yang mewakili PIBG SMK Orang Kaya Haji untuk meletakkan hasi-hasill karya kreativiti pelajar yang dibina semasa pertandingan yang diadakan oleh panitia-panitia matapelajaran. Rak ini diperbuat daripada sumbangan kayu oleh pihak ibubapa.

SUMBANGAN POSTER OLEH PIHAK AADK

  • Sumbangan bahan poster yang berkaitan dengan maklumat dadah dari pihak AADK Pahang. Bahan ini disebarkan ke suluruh sekolah untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga sekolah.

BANNER YANG ADA DI SELURUH SEKOLAH

  • Sumbangan risalah masjid juga diperolehi untuk mendekatkan pelajar kepada kerohanian yang boleh menjadi banteng daripada terjerumus dengan gejala sosial. Risalah-risalah ini dipamerkan di dalam bilik PPDa dan Surau Al-Munawarrah sebagai santapan rohani setiap kali menungunjungi bilik tersebut. Manakala “Pannent” tukaran daripada SMK Orang Kaya Haji diletakkan di satu Sudut dalam Masjid Kg Relong.

SUMBANGAN RISALAH MASJID KG. RELONG

Sumbangan Peralatan

Pihak sekolah juga ada menerima sumbangan peralatan.  Berikut merupakan peralatan yang telah disumbangkan oleh beberapa pihak :

RAK/ ALMARI CERMIN (RUANG PENGHARGAAN)

  • Rak kayu adalah sumbangan oleh Koperasi untuk menempatkan Piala dan Hadiah kejayaan yang telah diperolehi oleh Unit PPDa

Sumbangan TV oleh YSS ENTERPRISE

Sumbangan Kewangan

SUMBANGAN OLEH YB. DATO’ WAN ROSDY WAN ISMAIL

Sila rujuk surat sumbangan kewangan daripada YB Wan Rosdy untuk membeli 1 unit komputer bagi kemudahan pelajar mengakses maklumat berkaitan DADAH di Bilik PPDa. Turut disediakan laman web PPDa dan URL untuk kemudahan pelajar.

SUMBANGAN KEWANGAN OLEH TN. HJ. HAMDAN BIN DILU

Pihak sekolah menerima sumbangan kewangan dari  Syarikat YSS Interprise iaitu Tn. Hj. Hamdan bin Dilu juga merangkap sebagai YDP PIBG sebanyak RM 2000.00. Wang tersebut telah digunakan untuk membeli 2 unit penghawa dingin bagi memastikan bilik PPDa berada  selesa dan konduksif serta dapat menarik lebih ramai pengunjung dan pelajar.

LAIN-LAIN SUMBANGAN KEWANGAN

Sumbangan kewangan daripada pelbagai pihak juga digunakan untuk projek menaiktaraf bilik PPDa dan kawasan sekitar sekolah

SUMBANGAN KEWANGAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PELBAGAI PIHAK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: