VISI DAN MISI

SEBARAN VISI DAN MISI

Visi dan Misi PPda Di Pamerkan:

  • Visi dan Misi PPDa dipamerkan di bilik sumber  pada dinding pintu masuk bilik.
  • Misi dan Visi PPDa SMK Orang Kaya Haji juga turut dipamerkan dalam bilik darjah, koperasi sekolah, bilik kaunseling, bilik sumber sekolah, bilik guru, Kantin Semarak, pejabat sekolah, bilik mesyuarat, dan makmal komputer.
  • Visi dan Misi PPDa dipamerkan dengan menarik dan jelas.

Tujuan mempamerkan Visi dan Misi PPDa ini adalah supaya semua warga SMK Orang Kaya Haji dapat memahami, menghayati dan sentiasa mengingatinya.

Visi dan Misi dipamerkan Di bilik Sumber PPDa

  • Visi & Misi Unit PPDa Di Tampal Dalam bentuk Bunting di Bilik Sumber PPDa
  • Visi & Misi di Pamer secara jelas dan Huruf Warna Berbeza (biru) untuk tajuk :
  1. VISI UNIT PPDa
  2. MISI UNIT PPDa

  • Visi ,Misi & Motto PPDa SMKOKH dipamer secara jelas pada dinding Bilik Sumber PPDa selepas pintu masuk utama – Visi dan Misi sama dan selaras dengan Visi & Misi PPDa yang di keluarkan oleh JPNP.
  • Dipamer dengan warna menarik dan huruf jelas dan di letak di aras mata bahagian Anjung Bilik PPDa

Visi dan Misi Dipamerkan dan Disebarkan Di Luar Bilik PPDa

Sebaran Di Luar Bilik:

– Sebaran Visi dan Misi dalam bentuk Bunting seluruh kawasan sekolah:

Visi, Misi & Mota PPDa SMK Orang Kaya Haji  dalam bentuk bunting dan banner dipamerkan di tembok laluan masuk dan pada dinding hadapan Dataran Perhimpunan dan Kantin Sekolah

– Sebaran Visi dan Misi PPDa dalam bentuk Kertas A4 Laminasi dalam semua kelas dan bilik khas:

  • Di kuanter Pejabat Sekolah

  • Di Bilik Pengetua &Bilik Guru

  • Pada Pintu Tandas

  • Di Pondok Jaga

  • Pada Papan Kenyataan dalam semua  Kelas & Bilik-Bilik Khas

Visi dan Misi di perjelaskan

Bagi merealisasikan Visi dan Misi ini, selain ianya dipamerkan, Visi dan Misi ini juga diperjelaskan oleh Pengetua, guru-guru PPDa dan juga setiap guru kelas kepada semua warga sekolah SMKOKH.

  1. Pengetua memaklumkan tentang iktisas 3/2004 mengenai memperkasakan PPDa di sekolah pada mesyuarat pertama PPDa diadakan
  2. Pengetua juga menerangkan apakah Visi dan Misi PPDa pada mesyuarat kali pertama dan mesyuarat-mesyuarat yang berikutnya sebagai langkah memperingatkan kepada semua ahli jawatankuasa.
  3. Visi dan Misi diterapkan ke dalam setiap mesyuarat panitia melalui Pengetua atau Ketua-ketua Panitia.
  4. Visi dan Misi disebutkan di dalam setiap perhimpunan agar murid-murid dan guru-guru sentiasa terhadap Visi dan Misi serta kewujudan dan perkembangan Bilik PPDa dan Taman PPDa.
  5. Guru-guru Panitia PJPK, Sivik dan Moral turut menerapkan PPDa kepada murid-murid dalam pengajaran terutama semasa aktiviti pengajaran topik-topik yang berkaitan.
  6. Pengetua memperjelaskan Visi dan Misi ini juga kepada kakitangan yang bertugas di SMKOKH bukan sahaja di kakitangan kerajaan malahan kepada pekerja swasta dan pengawal keselamatan sekolah.
  7. Pengawas-pengawas PRS diberi taklimat khas tentang Visi dan Misi ini agar mereka juga dapat memperjelaskan kepada murid-murid lain.
  8. Visi dan Misi PPDa diperjelaskan dalam beberapa mesyuarat penting dan ketika waktu perhimpunan seperti:
  • Dalam mesyuarat Jawatankuasa – Penyataan dalam mesyuarat Jawatankuasa PPDa
  • Dalam mesyuarat Panitia – Beberapa minit dalam mesyuarat panitia
  • Penyampaian Visi dan Misi ketika perhimpunan pagi hari Isnin oleh setiusaha PPDa Puan Aida Binti Abdul Ghani
  • Penyampaian Visi dan Misi selama 5minit oleh rakan PPDa semasa suntikan minda perhimpunan pagi hari Isnin

Visi dan Misi PPDa SMK Orang Kaya Haji Diperjelaskan:

  • Visi dan Misi PPDa dijelaskan  semasa perhimpunan pagi (pelajar)
  1. Keterangan Gambar : Semasa penyampaian 5minit mesej PPDa

  1. Keterangan Gambar : Penyampaian pemahaman Visi dan Misi PPDa semasa perhimpunan pagi oleh Pengetua.

  • Buku Laporan Guru Bertugas Harian Mencatat Ucapan Pengetua tentang Program PPDa termasuk penjelasan misi & visi PPDa

  • Penyebaran visi dan visi juga turut dihebahkan dalam mesyuarat guru dan diminitkan termasuk penjelasan misi & visi PPDa

  • Visi dan Misi diperjelas dalam mesyuarat guru

  • Disebar dalam perjumpaan Pengawas PPD

  • Visi dan misi diperjelaskan di dalam kelas dalam waktu P&P –sisipan dalam mata pelajaran

Visi dan Misi di perjelas kepada Komuniti

  • Mesyuarat Agung PIBG

  • Taklmat ibubapa/penjaga

  • Program Bersama Masyarakat Asli

  • Penyebaran Visi Dan Misi juga turut diperjelaskan dalam Mesyuarat PIBG. Rasionalnya agar semua ibubapa memaklumi tentang Program di bawah PPDa

PEMAHAMAN VISI DAN MISI PPDa:

Hasil daripada sebaran Visi dan Misi PPDa yang amat meluas di seluruh ruang sekolah ini dan Program penjelasan menyeluruh telah memberi kefahaman yang mantap kepada seluruh warga sekolah terdiri daripada pihak pengurusan sekolah iaitu pengetua, guru-guru penolong kanan, ketua-ketua bidang, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid  memahami visi dan misi PPDa SMK Orang Kaya Haji

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: